Wednesday, October 14, 2009

Masalah Kognitif/Kerencatan Mental

KATEGORI KANAK-KANAK BERPENDIDIKAN KHAS

Masalah Kognitif/Kerencatan Mental

Masalah Kognitif atau Kerencatan mental adalah jenis kecacatan yang paling biasa terdapat di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Kecacatan ini wujud secara tersendiri di dalam diri kanak-kanak atau wujud bersama-sama dengan jenis ketidakupayaan lain dan menjadikan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak itu lebih teruk dan sukar untuk di pulihkan.

Di dalam kelas Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKBP), murid-murid yang menghadapi masalah kerencatan mental tergolong dalam tahap kerencatan akal ringan dan boleh dididik dan boleh mengurus diri sendiri dalam perkara-perkara asas.

Defenisi Kerencatan Mental

American Association on Mental Retardation (AAMR) telah mendefinisikan kerencatan mental sebagai:
“ Subsequently on Mental general intellectual functioning, existing concurrently with deficits in adaptive behavior and manisfested during the developmental period, that adversely affects a child’s educational performance”.

Manakala American Association on Mental Retardation Definition (AAMRD) mendefinisikan kerencatan mental sebagai:
“ Mental retardation ia a disability characterized by significant limitation both in intellectual functioning and in adaptive behavior as expressed in conceptual, social, and practical adaptive skills. This disability originates before age eighteen.”

Kriteria Kecacatan Mental

1. Kefungsian Intelek di Bawah Purata

Kefungsian intelek di bawah purata ditunjukkan melalui kecerdasan intelek (IQ) melebihi daripada satu sisihan piawai di bawah min mengikut umur tertentu, iaitu dalam lingkungan 85 atau bergantung kepada jenis ujian kecerdasan yang digunakan.

2. Lemah Tingkah Laku Suaian
Ø Komunikasi – keupayaan bertukar idea atau maklumat dengan orang lain.
Ø Urus diri – kebersihan diri, makan dan lain-lain.
Ø Kemahiran Sosial – berinteraksi dengan orang lain.
Ø Kehidupan di rumah – aktiviti harian di rumah.
Ø Masa Lapang – kebolehan guna masa lapang.
Ø Kesihatan dan Keselamatan – berupaya beri perhatian dan berjaga-jaga, tidak membahayakan diri dan orang lain.
Ø Arah Kendiri – berupaya membuat keputusan dan laksanakannya.
Ø Akademik – membaca, menulis, matematik dan kemahiran lain.
Ø Menggunakan kemudahan awam
Ø Bekerja

3. Kelihatan semasa zaman kanak-kanak sehingga usia 18 tahun.

Pengkelasan Kecacatan Mental

1. Perspektif Etiologi
Akibat daripada penyakit atau kecacatan biological. Contohnya berpunca daripada rubella, penyakit kelamin, ketidaknormalan kromosom dan lain-lain.

2. Kekurangan Intelek
Ditentukan melalui ujian kecerdasan (IQ test)

3. Perspektif Pendidikan
Kecacatan Mental boleh dididik atau boleh dilatih.

4. Perspektif Sokongan
Sokongan yang diperlukan untuk mencapai kefungsian individu.

Ciri-ciri Individu Kecacatan Mental

1. Ciri Kognitif
Kesan terhadap fungsi kognitif berikut:
Ingatan – kerap terlupa
Generalisasi – kebolehan sesuatu perkara dan digunakan pada situasi yang lain.
Metakognisi – Kesukaran menyelesaikan sesuatu masalah
Motivasi – tahap motivasi yang rendah dan mudah putus asa
Bahasa – lewat dalam perkembangan bahasa

2. Ciri Akademik
Pencapaian akademik yang rendah.

3. Ciri Sosial
Kesukaran dalamhubungan social. Kebiasaannya mereka kurang diterima oleh rakan sebaya kerana berkelakuan tidak matang.

4. Ciri Tingkah Laku Tambahan
Mempunyai tingkah laku yang khusus seperti mahukan ganjaran tertentu, menarik rambut, menggigit atau tabiat suka mencederakan diri.

5. Ciri Emosi




Sindrom Prader Willer (PWS)

Menurut Dr. Choy Yew Sing iaitu Jururunding Genetik Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Sime Darby, Sindrom Prader Willer (PWS) melibatkan struktur genetik yang kompleks yang seterusnya memberi kesan terhadap banyak bahagian pada tubuh dan ia sangat jarang berlaku. Kanak-kanak PWS mengalami kerencatan mental ringan dan menghadapai pelbagai masalah pembelajaran.
Ciri-ciri Sindrom Prader Willer (PWS)

1. Bayi yang menghidap PWS melalui keadaan hypotonia. Ketika bayi, mereka dikenal pasti melalui keadaan ketegangan otot yang lemah (hypotonia), kesukaran untuk menyusu, pembesaran dan perkembangan yang perlahan.
2. Pada fasa pembesaran awal, nafsu terhadap makanan amat tinggi malah sukar dikawal. Perkembangan ini akan menyebabkan mereka mengalami obesiti. Dalam kes yang pernah direkodkan, seorang kanak-kanak berusia empat tahun mempunyai berat badan sehingga 90 kilogram (kg).

3. PWS wujud apabila kromosom 15 daripada sebelah ayah ini hilang atau tidak terbentuk dengan sempurna lalu mengganggu kromosom daripada sebelah ibu untuk menyalin set kromosom.

4. Kaki dan tangan yang pendek, struktur muka yang tersendiri, ton kulit serta warna rambut yang luar biasa cerah.















DUA kanak-kanak lelaki sama usia dengan salah seorang daripadanya menghidap PWS.